Tentang Tijarah
TIJARAH GROUP (MALAYSIA) (1396967-V) merupakan sebuah Syarikat Sdn Bhd berpusat di Jerantut Pahang
Pengenalan
Tijarah telah beroperasi sejak tahun 2018 dan ditubuhkan secara rasmi sebagai Tijarah Group Wealth Management Sdn Bhd pada 9 Disember 2020. Syarikat ini beroperasi di Bandar Jerantut, Pahang.
Objektif syarikat ini ialah untuk membantu waris-waris menyelesaikan isu harta pusaka justeru menurunkan lagi jumlah harta terbeku yang semakin meningkat saban tahun. Perkhidmatan utama yang kami jalankan ialah mengurus harta pusaka, hibah, wasiat dan takaful khusus buat umat Islam di Malaysia.
Dengan kepakaran yang ada, kami telah berjaya menyelesaikan kes-kes pusaka terutamanya di negeri Pahang iaitu sekitar daerah Jerantut, Jengka, Temerloh, Maran, Kuantan dan Lipis. Selain itu, kami juga berpengalaman menyelesaikan kes pusaka di negeri-negeri lain seperti Selangor, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain.
Visi
Tijarah Group komited dalam membantu menyelesaikan pusaka, mencairkan harta terbeku dan menyatukan silaturahim antara waris, mengetepikan emosi serta bermotivasikan kaedah penyelesaian yang terbaik.
Misi
Pemacu dalam perkhidmatan pengurusan pusaka di Malaysia secara professional mengikut hukum syarak.
Matlamat
Menyediakan khidmat pengurusan yang efisyen,cekap dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menyelesaikan harta pusaka umat Islam.
Nilai Teras 4P
- Pasukan
- Professional
- Prihatin
- Penyayang
Fungsi Jabatan
JABATAN PUSAKA
Peranan jabatan ini adalah untuk menguruskan pusaka si mati bermula dari konsultasi, permohonan, dokumentasi, sehinggalah kepada pengeluaran perintah pusaka. Mereka juga yang akan berhubung secara lansung dengan waris dan berurusan dengan institusi yang terlibat dengan harta pusaka si mati seperti Pejabat Pusaka, Pejabat Tanah dan lain-lain.
Fungsi Jabatan
JABATAN HIBAH
Jabatan ini pula bertanggungjawab untuk membantu individu membuat perancangan harta semasa hidup. Mereka akan mengkaji, menilai dan menyediakan perancangan yang terbaik untuk individu dengan menyediakan dokumen perancangan harta seperti dokumen hibah, dokumen pelantikan pentadbir dan wasi, surat ikatan persetujuan keluarga dan lain-lain dokumen berkaitan.
Fungsi Jabatan
JABATAN SUMBER MANUSIA DAN BAHAGIAN TAKAFUL
Jabatan sumber manusia adalah bertanggungjawab mengurus tenaga kerja secara efektif dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurus sumber manusia terlibat dalam proses pengrekrutan , pemilihan, orientasi dan latihan pekerja, penyimpanan rekod pekerja dan lain-lain aktiviti personel.
Bahagian takaful pula ialah menawarkan produk takaful yang berpatutan dan bersesuaian dengan keperluan risiko pelanggan.