Skip to main content

Tentang Tijarah

TIJARAH GROUP (MALAYSIA) (1396967-V) merupakan sebuah Syarikat Sdn Bhd berpusat di Jerantut Pahang

Visi

Misi

Matlamat

Nilai Teras 4P

Fungsi Jabatan

JABATAN PUSAKA

Peranan jabatan ini adalah untuk menguruskan pusaka si mati bermula dari konsultasi, permohonan, dokumentasi, sehinggalah kepada pengeluaran perintah pusaka. Mereka juga yang akan berhubung secara lansung dengan waris dan berurusan dengan institusi yang terlibat dengan harta pusaka si mati seperti Pejabat Pusaka, Pejabat Tanah dan lain-lain.

Fungsi Jabatan

JABATAN HIBAH

Jabatan ini pula bertanggungjawab untuk membantu individu membuat perancangan harta semasa hidup. Mereka akan mengkaji, menilai dan menyediakan perancangan yang terbaik untuk individu dengan menyediakan dokumen perancangan harta seperti dokumen hibah, dokumen pelantikan pentadbir dan wasi, surat ikatan persetujuan keluarga dan lain-lain dokumen berkaitan.

Fungsi Jabatan

JABATAN SUMBER MANUSIA DAN BAHAGIAN TAKAFUL

Jabatan sumber manusia adalah bertanggungjawab mengurus tenaga kerja secara efektif dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurus sumber manusia terlibat dalam proses pengrekrutan , pemilihan, orientasi dan latihan pekerja, penyimpanan rekod pekerja dan lain-lain aktiviti personel.
Bahagian takaful pula ialah menawarkan produk takaful yang berpatutan dan bersesuaian dengan keperluan risiko pelanggan.