Perkhidmatan Pengurusan Pusaka (Ya Amni)
Islam menggalakkan umatnya membuat perancangan harta kerana dengan merancang individu dapat menentukan pengurusan harta pusakanya nanti demi kesejahteraan waris.
Ketiadaan perancangan harta, mengakibatkan harta pusaka terbeku dan kesan dari itu harta tersebut tidak dapat dimanfaatkan oleh waris yang berhak.
Sekiranya berlaku kematian, pihak kami akan menguruskan pusaka anda dari awal proses permohonan sehingga proses tuntutan selesai dan ini dapat mengurangkan beban waris bila anda sudah tiada.
Memberi ketenangan qalbu (Peace Of Mind)
Memberi kelancaran kepada proses permohonan pentadbiran pusaka anda
Mengelak harta pusaka anda terbeku
Memastikan setiap ahli waris yang sah dapat manfaat daripada harta pusaka anda
Membantu menguruskan permohonan pentadbiran harta pusaka
Memudahkan ahli waris dalam menguruskan harta pusaka anda
Perkhidmatan
- Khutbah pusaka kepada ahli waris
- Pengiraan hak bahagian faraid secara percuma
- Bantuan guaman di semua Pejabat Pusaka Kecil Dan Mahkamah Rendah Syariah
- Permohonan pembahagian pusaka di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil Daerah
Keistimewaan
- Tabung pengurusan dan pentadbiran harta pusaka
- Pengurusan permohonan Badal Haji
- Senaskah Al-Quran
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat fitnah; (kesesatan dan maksiat). Dan fitnah terhadap umatku adalah pada (harta).”
-Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad