Skip to main content

Hibah dan Wasiat

Sekiranya mempunyai hasrat hati, hibah dan wasiat merupakan instrumen terbaik dan tepat dalam memenuhi kehendak dan keperluan individu malah pemberi dapat menentukan sendiri kepada siapa harta itu akan diberikan.

Hal ini kerana, harta yang dihibahkan dan diwasiatkan adalah harta yang tidak dikira sebagai harta pusaka dan ia terkeluar dari pembahagian faraid.

Bagi memenuhi keinginan tersebut, kami Tijarah Group menyediakan dokumen bertulis yang lengkap dan sah untuk membantu individu membuat hibah dan wasiat.

Rukun

Hibah

1. Pemberi Hibah
2. Penerima Hibah
3. Harta yang dihibahkan
4. Ijab dan Kabul
5. Saksi

Syarat Pemberi Hibah

1. Pemilik kepada harta tersebut
2. Mempunyai kuasa penuh untuk memberi hibah
3. Mempunyai hak untuk menggunakan hartanya

Syarat Penerima Hibah

1. Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf (Melantik pemegang amanah bagi pihak mereka)
2. Penerima hibah masih hidup
3. Boleh memiliki harta yang dihibahkan

Syarat Harta yang dihibahkan

1. Harta wujud ketika memberi hibah
2. Barangan yang berharga
3. Hakmilik pemberi hibah

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

تَهَادُوا تَحَابُّوا

“Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.”

Riwayat Al Bukhari